Pentaksiran dan Penilaian

Pengenalan


Kualiti penilaian pelajar mesti dijamin di seluruh sistem akademik UiTM. Ini amat penting kerana UiTM merupakan IPT yang sangat besar dari segi bilangan pelajar dan bilangan programnya. Kini UiTM menawarkan 2,500 program kepada 180,000 pelajar di semua kampus di seluruk Malaysia. Untuk itu, UHEK memainkan peranan besar dalam mempastikan kesetaraan kualiti penilaian pelajar dijamin setiap masa menerusi tiga mekanisme utama berikut. 

Mekanisme1 bertumpu kepada pembentukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Jadual Spesifikasi Produk (JSP) yang berlandaskan empat (4) prinsip utama pengukuran dan penilaian iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), kesaksamaan (fairness) dan ketekalan (consistency). Melalui mekanisme ini, pensyarah diberi kesedaran (awareness), ilmu (knowledge), dan pendedahan (exposure) melalui latihan (hands-on training) kepada kepentingan dan proses menggubal JSU/JSP di dalam ruang lingkup OBE-SCL.

Seterusnya, Mekanisme 2 pula menekankan keperluan tinggi terhadap penubuhan Bank Soalan. Dengan berpandukan JSU/JSP yang dihasilkan melalui Mekanisme 1, pensyarah membina (develop) item-item soalan yang sah (valid) dan saksama (fair) dengan berpandukan buku Garis Panduan Kesetaraan Kualiti Item Penilaian Pelajar UiTM yang diterbitkan oleh UHEK . Item-item soalan yang terbina oleh mana-mana pensyarah akan di semak (vet) oleh satu Jawatankuasa Semakan (Vetting Committee) yang terdiri daripada Pensyarah Sumber (Resource Person) dan beberapa pensyarah yang berpengalaman. Melalui proses ini, setiap item yang dibina akan terjamin dari segi kualitinya merentas seluruh sistem UiTM.

Akhir sekali, Mekanisme 3 dibentuk untuk mengawal penjanaan set soalan peperiksaan akhir. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian kursus yang dikelasifikasikan kepada kursus universiti, kursus fakulti, kursus program dan kursus kokurikulum yang ditawarkan di beberapa kampus yang tertentu, desentralisasi peperiksaan dilakukan bagi melicinkan perjalanan peperiksaan akhir. Untuk itu, beberapa set soalan peperiksaan akhir yang setara dapat dijana untuk keperluan kampus-kampus yang berlaianan. Kawalan kualiti set-set soalan peperiksaan akhir amat runcing agar kualiti set-set tersebut boleh dipercayai (reliable) dan tekal (consistent).


Penyelaras


Zairi Ismael Rizman, Fakulti Kejuruteraan Elektrik

 AJK

 Nurul Huda Kamarulzaman, Fakulti Kejuruteraan Elektrik
 Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar, Fakulti Pengurusan Perniagaan
 Nurulashikin Romli, Fakulti Pengurusan Perniagaan
 Noor Rafhati Romaiha, Fakulti Pengurusan Perniagaan
 Zetty Madina Md Zaini, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
 Nur Raihana Mohd Sallem, Fakulti Perakaunan

No comments:

Post a Comment