Akreditasi Akademik dan Pendigitan

Pengenalan


Akreditasi merupakan aktiviti pengiktirafan terhadap mana-mana program yang akan, sedang dan telah dijalankan oleh UiTM. Akreditasi diberikan oleh badan-badan atau agensi-agensi kelayakan yang berkaitan dengan akademik dan kebolehpekerjaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mana-mana badan profesional dalam dan luar negara seperti Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), Lembaga Jururawat Malaysia (LLM) dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) atau dari luar negara seperti The Royal College of Radiographers (RCR), Chartered Institute of Marketing (CIM) dan The Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS).

Semua program baru yang akan ditawarkan di mana-mana universiti di Malaysia mesti mendapatkan Sijil Kelayakan Kualiti (CQC) daripada MQA terlebih dahulu sebelum permohonan menjalankan program dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Selepas program ditawarkan, proses mendapatkan akreditasi penuh melalui laporan kendiri hendaklah dipohon daripada pihak MQA sebelum pelajar bergraduat.  Begitu juga dengan pengikitrafan JPA.
Sementara itu, bagi menambah nilai program yang ditawarkan, pihak universiti mengesyorkan agar akreditasi badan-badan profesional dalam dan luar negara dipohon.

Proses pendigitan adalah berkaitan dengan penyimpanan dan updating maklumat terkini berkaitan dengan program akademik UiTM termasuk daftar akreditasi serta penyampaian maklumat untuk kegunaan yang sepatutnya.


Skop Kerja

  • Mengendalikan kajian pasaran, keperluan negara, kebolehpasaran.
  • Membina silibus yang berdaya saing an bermutu tinggi.
  • Memastikan program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan MQA dan badan professional antarabangsa.
  • Memproses permohonan program baru dan akreditasi program.
  • Memantau akreditasi audit akademik mengikut kriteria dan piawaian MQA, ISO dan pengiktirafan badan professional
  • Menyimpan data berkenaan dengan pengiktirafan program akademik.


Penyelaras

Dr Najihah Marha Yaacob, Fakulti Perakaunan


AJK

  • Najah Binti Lukman, Fakulti Pengurusan Perniagaan
  • Amanina Binti Mat Ghani, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  • Nor Aini Binti Hassanuddin, Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Hanith Iskandar, Akademi Pengajian Bahasa
  • Siti 'Aisyah Binti Sa'dan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Carta Organisasi




Pautan


No comments:

Post a Comment